Sabtu, 7 Januari 2012

BIOS 9000 KELUARAN ITO..

ITO - SATU NAMA YANG DIPERCAYAI - klik disini untuk selanjutnya

Teknologi Yang Diperakui Di Jepun Dan Di Seluruh Dunia.


Sejarah Penubuhan

     Ditubuhkan pada tahun 1916, ITO Co. Ltd. (sebelum itu dikenali sebagai Tokyo Medical Electric Co.) adalah peneraju ulung dalam penghasilan peralatan fisioterapi bagi kegunaan hospital, perubatan, bidang sukan serta masyarakat umum.

   Pada tahun 2006 ITO Co. Ltd., sekali lagi melakar sejarah gemilang apabila meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-90. Ia adalah pencapaian yang amat dibanggakan kerana dengan lahirnya syarikat ini, bidang fisioterapi di Jepun telah berkembang dengan begitu pesat sekali.

     Lebih 20 tahun telah berlalu sejak kali pertama ITO Co. Ltd. mengeksport produk-produk buatannya ke luar negara. Dengan fokus untuk membangunkan serta berkongsi manfaat teknologi yang dibangunkan, kini lebih 80 buah negara di seluruh dunia telah menikmati kebaikan produk-produknya. 

    Bagi memantapkan lagi operasi, empat fasiliti dibina di China dan Vietnam untuk memastikan usaha-usaha pembangunan pelbagai program rehabilitasi komprehensif dan pembangunan sumber manusia berjalan dengan sempurna.

   ITO Co. Ltd. juga melaksanakan program perkongsian bijak dengan mengimport peralatan fisioterapi dan rehabilitasi dari Eropah dan Amerika Utara untuk pasaran Jepun. Dengan cara ini, ia dapat memastikan teknologi yang digunakan adalah yang terkini, terbaik dan sentiasa di hadapan.

     Sebagai perintis dan peneraju yang dipercayai sejak sekian lama, ITO Co. Ltd. mendukung konsep EBM (Perubatan Berdasarkan Bukti) yang dijadikan teras kepada pembangunan pelbagai peralatan yang inovatif. 

     Justeru, tidak hairanlah jika produk-produknya mendapat pengiktirafan ISO 9001, ISO 13485 serta ISO 14001 dan dijamin selamat, mematuhi keperluan MDD (EU), UL dan FDA (Amerika Syarikat).

    Sebagai menghargai kepercayaan para pengguna, pada 2004 ITO Co. Ltd. telah membuat pelaburan sebanyak USD$4 Juta Dollar untuk membina sebuah Pusat Pengurusan Kepercayaan (Reliability Management Centre). 

    Pusat ini berperanan memastikan penambahbaikan kualiti produk yang dihasilkan dilakukan secara konsisten. Dengan standard pemeriksaan yang begitu ketat dan piawaian kualiti yang tinggi, hanya produk terbaik dihasilkan untuk para pelanggan. 

    Kerana di ITO Co. Ltd., mereka percaya hanya kepercayaan berterusan dari pelanggan akan menjadikan ITO Co. Ltd. terus kekal sebagai peneraju yang terulung dan dihormati sebagaimana ia pada hari ini. 

ADA PERTANYAAN

samseng

Samseng FaceBook