BAGAIMANA IA BERFUNGSI ?
Pengguna boleh duduk atau pun baring di atas
pelapik khas berelektrod yang disediakan. Mesin terapi ini mengeluarkan 2 arus iaitu 9000v elektrostatik dan 60kali gegaran sesaat.
Apabila digunakan, BIOS 9000 akan
bertindak merangsang peredaran aliran darah ke seluruh tubuh. Mesin ini mengguna
pakai aplikasi voltan arus elektrostatik untuk merangsang fungsi pencernaan,
menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkan daya tahan tubuh
terhadap penyakit.
Ia juga membantu meneutralkan kandungan asid dalam darah ke
tahap Ph yang normal agar pesakit kembali sihat.
BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu
untuk:
·
Mengalirkan
arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
·
Membersihkan
kotoran dalam saluran darah
·
Menyelaraskan
sistem saraf tidak terkawal
·
Meningkatkan
daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
·
Membantu
membina sel-sel baru
Apa Itu Terapi
Medan Elektrik?
Terapi Medan Elektrostatik adalah kaedah terapi
yang merangsang aliran bioelektrik yang terdapat dalam badan manusia.
Secara
ringkas, bioelektrik adalah sejenis aliran elektrik lemah hasil tindakbalas
fisiologi tubuh yang dapat dikesan dengan menggunakan peralatan EEG,ECG dan
EMG.
Bioelektrik wujud akibat pergerakan ion-ion
Na+ dan K+ yang bergerak melalui membran-membran sel. Disebabkan ion-ion ini
turut membawa cas-cas elektrik, maka bioelektrik akan terbentuk hasil daripada
tindakbalas itu. Proses ini berlaku setiap masa kepada setiap unit sel yang
hidup dan sihat.
Tubuh manusia pada asasnya memiliki
berbilion-bilion sel. Setiap sel ini mempunyai membran yang akan menentukan
input-input mana yang akan diserap atau dilupuskan. Biasanya pelbagai jenis
nutrien hasil daripada pemakanan dan oksigen akan bergerak melalui membran sel
untuk membolehkan tindakbalas ini berlaku.
Semasa proses ini berjalan,
bahan-bahan tadi akan terion dan seterusnya menghasilkan sejumlah aliran
elektrik yang lemah (1-100hz) di dalam tubuh.
Jika sel-sel di dalam tubuh manusia terjejas
atau rosak, ia secara automatik akan digantikan melalui proses homeostasis. Sel-sel
yang mati akan disingkirkan dan sel-sel baru akan dihasilkan.
Pada ketika ini,
nutrien-nutrien baru amat diperlukan. Nutrien-nutrien tersebut akan diserap
melalui membran sel dan memulihkan sel-sel yang rosak tadi. Untuk memastikan
proses homeostasis ini berjalan dengan sempurna, tindak balas ini memerlukan
ransangan aliran bioelektrik.
Bersandarkan fakta-fakta di atas, secara
prinsipnya inilah yang berlaku jika anda menjalani rawatan Terapi Medan
Elektrostatik. Dengan merangsang aliran bioelektrik di dalam badan menggunakan input
aliran elektrik dari luar tubuh, ia menggalakkan proses pemulihan sel-sel yang
telah rosak, seterusnya membaiki tisu-tisu yang rosak serta memulihkan
fungsi-fungsi sistem saraf yang terjejas dan menghilangkan kesakitan yang
dialami.
Dengan menyeimbangkan kembali nilai Ph darah
melalui proses ini juga, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan sistem
ketahanan tubuh badan dan keupayaan penyembuhan semulajadi badan.
Sehingga kini kaedah ini terbukti berupaya
untuk membantu mengurangkan penderitaan akibat pelbagai jenis penyakit tanpa
perlu untuk mengambil ubat-ubatan jangka panjang.
PERTANYAAN
