SIAPA AKU ?
Korang kenal aku tak,comfirm la tak kenal, aku bukan artis.
Tapi tak pe aku perkenalkan diri.
Nama aku Muhamad Faizal Bin Mat Saad nama kengkawan panggil Bob, maklumlah Badan Orang Besar.
Umur aku muda lg pada aku, aku lahir pada 12 march 1980 jadi umur aku korang kira sendiri la.
Aku ni baru berjinak dalam buat blog ni, tak berapa pandai sangat tapi apa aku kisah yang penting belajar, betul tak.
Aku bukan jenis yang suka bagi alasan sebelum buat dan sebelum belajar, aku benci dengan orang yang suka bagi alasan sebelum buat dan paling aku tak suka yang bagi negatif awal-awal.
Cik abang dan cik akak oi, hidup ni kalau asyik dengan alasan dan pemikiran negatif, takut, tak berani, nampak gayanya takkan kemana la, duduk je la takuk tu sampai bila-bila.
Orang kaya kita pun nak kaya tapi malas.
Orang pakai kete besar kita pun nak pakai kete besar.
Orang sihat kita pun nak sihat tapi makan langsung tak pantang.
Yang aku tak puas hati bila ada orang tak boleh tengok orang senang , dengki , kutuk , jeles.
Kita kalau nak berjaya jangan dengki bila tengok orang berjaya cuba belajar cam ne dia senang.
Aku ni kerja bahagian memperkenalkan alatan perubatan yang terkini dan termoden tak perlu makan ubat atau suntikan atau pembedahan. Ofis aku kat wangsa maju.
Aku cite la sikit sejarah aku keje-keje dulu, aku ni anak pahang, duk kat kota gelanggi satu, orang kampung la katakan. Mula-mula aku datang ke klang, mula sekali aku keje dengan satu syarikat jualan langsung, hari-hari aku kena jumpa kat 40 orang, asalkan orang aku g jumpa, asal aku jumpa je mesti orang, tak kisah lah kat kedai makan ke, kat umah orang ke, dalam kete ke, cina ke melayu ke india ke sebab motif aku jual barang asalkan orang beli aku ada komisen. Gaji tak de, senang cite keje ada duit tak keje tak de duit. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ala korang pernah jumpa orang yang datang kat meja masa korang tengah lepak, orang jual minyak wangi la, buku la, barang mainan la, pen la.kek la, sim kad la, kupon makanan segera la dan macam-macam.
Aku kerja macam ni dulu membe-membe aku kutuk katanya keje kena maki dek orang dan tak de klass. Aku peduli apa klass tak klass yang penting pendapatan aku halal. Kalau aku tak keje macam ni sape nak bagi aku makan, aku bukan anak lim goh tong.
Dipendekkan cite sampai satu tahap kalau tak salah aku, Sempat la aku keje dalam setahun setengah cari pengalaman sebab pengalaman itu mendewasakan kita. Untuk pengetahuan korang la kan keje ni aku pun tak suka tapi sebab hari-hari dapat duit tu yang aku suka.Tang duit aku suka tang keje tak suka. Bukan sebab apa penat, orang keje dalam aircond aku keje bawah panas mentari, orang makan ada time aku makan tak de time.
Aku berenti je syarikat tu aku cari kerja yang ada pendapatan tetap sebab penat dah kerja mcm tu, pada suatu hari semasa aku berjalan mencari pembeli aku menyinggah di satu syarikat marketing dan tanpa segan silu aku bertanya ada tak sini kerja kosong( ceh wah macam sasterawan la pulak ) so rupa-rupanya kat situ memang baru buka jawatan untuk bahagian sale so apa lagi peluang tidak dilepaskan,aku grab.
Bermula disitu la aku terlibat dalam penyakit dan orang sakit. Kat syarikat ni aku memperkenalkan insuran perubatan untuk kakitangan kerajaan sahaja masuk ke hospital swasta kos rawatan insuran tanggung sepenuhnya. Pening juga mula-mula sebab tak pernah kenal penyakit tapi aku tetap belajar walaupun susah. Aku sanggup beli buku tentang penyakit dan perubatan semata-mata aku nak mahir dalam penerangan tentang insuran perubatan ni. Aku kerja situ pun tak lama hanya bertahan 2 tahun je, berat hati aku nak berenti tapi terpaksa rela sebab masa aku ngan tunang dalam sebulan sehari je aku ada kat klang. Selebihnya aku ada disekitar Malaysia. Aku pikir kalau dah kawin takkan aku nak duk jauh macam ni. Tak boleh maaaa. Dulu aku keje lebih pada taklimat diseluruh Jabatan Kerajaan, tak kisah la peguam ke, doktor ke, jba ke asalkan keje kerajaan.
Ermmm dipendekkan lagi cite, aku pindah keje kat syarikat baru yang masih berkisar tentang sakit orang dan perubatan iaitu syarikat yang aku keje sekarang, syarikat ini memperkenalkan barangnya dan orang memilikinya berdasarkan bukti dan bukan hanya sekadar kata-kata. Cuba dulu baru tahu.
Barang yang aku perkenalkan ni ada aku terangkan kat blog ni dan kalau ada apa yang tak faham dan perlukan penjelasan lanjut atau nak merasai dan mengalami sendiri rawatan ini hanya perlu hubungi aku dan aku akan aturkan temujanji dengan korang untuk perjumpaan dirumah korang. Borang telah disediakan. Isikan saja k.
haaaaa kat syarikat ni aku dah kerja nak masuk 5 tahun dah dan masih bekerja sehingga hari ini.
Itulah serba sedikit kisah aku, tak best mana pun tapi aku melalui pengalamannya dimana korang tak melaluinya he he he he. Kisah ni menjadi kisah aku untuk tatapan korang.
Selanjutnya korang bacalah kat blog ni........
Kalau korang rasa blog ni mampu untuk membantu rakan-rakan korang yang sakit atau pentingkan pencegahan, korang boleh cadangkan blog ni pada diaorang.
Maklumlah kita nak tolong dari segi wang ringgit berapa banyak yang kita boleh tolong so korang tunjukkan jalan yang terbaru korang jumpa ni.
selepas aku
melihat betapa ramainya pesakit yang sakit. Aku menyaksikan kesusahan untuk
hidup yang telah meragut kebahagiaan anak-anak kecil yang ingin hidup sihat dan
bahagia disamping ibu dan ayah, yang telah membuatkan ramai wanita atau isteri
atau anak atau suami atau ayah hidup dalam kebimbangan, kesusahan, tidak tenang
kerana apa, kerana ahli keluarga berada dalam keadaan tidak sihat atau lebih
senang diungkap sakit.
Berapa ramai pesakit yang hampir gila dan telah pun gila kerana tidak
dapat menerima hakikat kematian insan tersayang. Serangan jantung, strok (angin ahmar),
kegagalan buah pinggang, asma kronik, fibrosis peparu dan sebagainya. Mungkin ada dikalangan pembaca pernah
mengharungi pengalaman dan detik yang memedihkan ini.
Persoalannya, tidak ada jalan atau ikhtiarkah untuk menghentikan dan
mencegah semua ini? Memang takdir hidup, mati, jodoh, ajal maut di tangan
tuhan, tetapi tuhan tidak zalim, “
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Sehingga Mereka
Mengubah Keadaan Yang Ada Pada Diri Mereka Sendiri” surah ar-ra’d ( ayat 11 ).
Sebenarnya kita yang memilih jalan yang kita lalui, apa yang berlaku adalah
hasil pilihan kita sendiri dan usaha kita.
ADA PERTANYAAN
