Isnin, 9 Januari 2012

STRESS SEBABKAN PENYAKIT JANTUNG ?

     STRESS merupakan sebahagian daripada elemen kehidupan.
     
     Jika STRESS tidak dipantau dan diselenggara dengan bijak,ia bakal menyebabkan tekanan emosi,psikologi dan juga tekanan fizikal sepertimana ia menyebabkan penyakit jantung,darah tinggi ,sakit dada atau degupan jantung laju dan tidak sekata.
      
     Apabila seseorang itu STRESS ia akan mengganggu corak tidur dan secara tidak langsung mengganggu seluruh sistem saraf tidak terkawal kita kerana kebiasaan orang yang menghadapi masalah stress sukar tidur dan cepat marah.
     Contohnya,dalam keadaan stress ,tahap kolestrol dan tekanan darah akan meningkat ,ditambah pula dengan pengambilan makanan yang berlebihan atau senang kata tak pantang makan langsung,makan sebab nak kurangkan stress,kurang senaman dan merokok pada tahap berlebihan.

     Dengan adanya stress yang berlebihan tubuh badan terdedah kepada tahap hormon stress yang tinggi,hormon yang dimaksudkan adalah andrenalin  dan steroid ,jika tubuh badan terdedah dengan hormon ini untuk jangka masa yang lama  boleh mendatangkan mudarat kepada jantung dalam pelbagai cara.

     Hormon steroid contohnya,boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan kencing manis menjadi tidak terkawal dan juga darah akan menjadi lebih pekat.

     Hormon andrenalin pula akan menyebabkan jantung berdebar laju dan rentak jantung boleh menjadi tidak terkawal pada bila-bila masa dan keadaan.

     Bagi penghidap sakit jantung, stress yang tidak terkawal bukan sahaja boleh merencatkan proses penyembuhan penyakit jantung tetapi juga boleh membawa kepada berulangnya serangan jantung.

samseng

Samseng FaceBook